“I dream sometimes about flying. It starts out like I’m running really really fast and I’m like super human. And the terrain starts to get really rocky and steep. And then I’m running so fast that my feet aren’t even touching the ground and I’m floating. And it’s like this amazing, amazing realness. I’m free. I’m safe. Then I realize, I am completely alone. And then I wake up.”
— Summer Finn, (500) Days of Summer.

Wednesday, December 28, 2011

Bolos saja dinding itu

Hapdet laju.


Hari ahad lepas boleh kata hari yang paling buat gua bengang lagi bangang. Mak mulakan sesi memasak di dapur belakang sambil anak aku tergantung di siling atas. baik punya port dah macam burung pulak mak tengok. Aku boleh nampak haritu mereka gembira semacam. terkinja melompat berlari di dalam roda tanpa henti. Sekejap-sekejap aku lihat mereka tertidur sambil memegang koci. girang hati ku melihat mereka berdua. lalu bermonolog dalam hati.


"dah besar dah anak mak berdua ni, comel chubby pulak tu. boleh buat jual dapat harga tinggi "



Bau asap masakan berkepuk-kepuk pun dah sedap belum lagi gua rasa isi dalam kuali. Mahu gua balun satu periuk nasik nanti. pertama kali mak masak rendang itik. rasa jangan cakap..belum kunyah dah lesap dalam saluran trakea. mak buat sedikit pulut kuning untuk disedekahkan kepada orang kampung sempena akak dapat kerja. Syukur alhamdulilah akak akan bertugas di pusat perubatan malaya nanti. aku tak biasa panggil akak, aku rasa ia sangat janggal. aku dua beradik jadi rasa lebih rapat kalau panggil nama.


Jam duabelas makan masih tak hingat dunia. boleh kata setiap saat mulut takkan berhenti menguyah walaupun tengah bercakap. penangan masakan mak. seperti dijangka aku agak rajin. buat kerja macam isteri orang dirumah. keluar dibelakang untuk mengangkat jemuran yang hampir rentung dek panas yang memancor. Tak pernah aku rasa lain selama ini.



rasa sadis dan marah bercampur baur .



"kenapalah aku tak perasan ?! "


Belum sempat buat autopsi, tak sempat jugak nak ambil bahan bukti dan rasa tak sanggup lagi nak memandang ke wajah dua kesayangan keras kaku tak berdarah.


Riak wajah sambil terbuka sebelah mata terkangkang ditepi sambil urin terkeluar sedikit. efek dari gas wap asap dapur agaknya. satu lagi tersembam cantik sambil mata tertutup rapat seperti tidur yang lena. mati dalam iman takpelah jugak. percaya tak percaya juga penat lelah aku membesarkan mecari suapan koci untuk mereka.



Terdetik dihati..jilaka. nampaknya harapan tinggal harapan. impian yang aku pasang setinggi langit jatuh menimpa kedepek ke muka. Sakit sekali, sangat. Keras juga hati aku kali ini. tak sangka aku masih boleh tahan rasa sedih tanpa menitiskan sedikit pun air mata. mungkin sebab niat tak baik, jadi Allah tarik nyawa mereka cepat supaya aku tak jadi mak yang kejam.



Kes telah ditutup. keputusan telah dicapai aku sebagai bidan terjun mendapati beliau-beliau mati disebabkan keadaan yang terlalu panas, sesak nafas barangkali mungkin. oksigen tak berjalan dengan lancar. dan kedudukan zink terlalu dekat dan itulah tanda yang mereka berdua asyik menggerit rumah besi sebab tak tahan sangat. paling kelakar selama ini aku sangka mereka nak tumbuh gigi. punah sangkaan itu.



Terima dengan redha. kedua-dua kesayangan telah selamat bersemadi pada ahad lepas. muka penuh sinar dan cahaya dan mak tahu korang berdua masuk syurga. okbai mak dah rasa nak menjejeh air hingus ni. *lap dekat baju.





R.I.P Deb and Bun. hari pertama bawak balik anak kecik. gambar kematian tidak dapat diambil disebab musabab menyebabkan kesedihan ahli keluarga. Busuk betul mak letak kau dekat dengan kasut.


"mungkin mak tak beri yang secukupnya , tapi mak sayang korang dua ".

manis tak mak ?

Terima kasih buat yang melawat dan menanti entri. aku benci menaip dengan emosi. bye ._.

4 comments:

pete said...

yah.
my amoi is back.haha

back to mode sedih.
kenang mereka dlm doa mu.

RIP Deb and Bun.

zee ong said...

Hihi.


Yelah pete nak kata ape lagi dah pergi dah pun :/


Thanks pete :)

ghost writer said...

kan elok kalau dorang nih takyah dijadikan sebagai hewan peliharaan.

R.I.P

zee ong said...

Ala kenapa pulak.

Thank you.